THE TALES OF TWO WORLDS

Monday 15 August 2011


Si A menunggu waktu berbuka. Sungguh terasa lambat jarum jam berputar. Si A yakin beliau mampu menunggu kerana beliau mampu untuk untuk berpuasa seharian. Akhirnya azan berkumandang. Baca doa (tu pun kalau sempat baca). Tangan kiri mencapai gelas air, tangan kanan mencapai pinggan nasi, mata kiri meliar meneliti pelbagai jenis nasi sambil mata kanan menjeling ke arah barisan lauk yang terhidang. Dan kalau Si A berbuka puasa di hotel, yang mana harganya tinggi, boleh mencecah ratusan ringgit, menunya tentu lagi banyak.

Penulis disini bukanlah ingin mengutuk acara berbuka puasa di hotel-hotel. Bagi yang mampu, penulis merasakan ianya bukanlah satu kesalahan. Yang dikesalkan ialah pembaziran yang berlaku. jika Si A tadi berbuka puasa di hotel tanpa pembaziran, ianya adalah satu pencapaian yang tinggi kerana belum tentu mereka yang membeli juadah berbuka puasa yang berharga RM 10 di bazar dan warung tepi jalan mampu menghabiskan semua juadah tanpa pembaziran.

Bulan puasa banyak mengajar manusia tentang mengenali lebih diri masing-masing. Memberi kesedaran kepada kita bahawa betapa susah sekalipun kita, tentunya terdapat yang lebih susah hidupnya, dan sebaliknya. Oleh itu, bersyukur apa yang ada, berbelanja mengikut keperluan, dan sentiasa mengenangkan kehidupan orang yang lebih susah.



Apa yang kita nikmati di tempat kita, bukan semua yang mampu menikmatinya. Makcik baju oren mesti tertanya apakah benda  terdapat dalam gelas.




Ohh sedapnya ayam. kanak-kanak di Afrika hanya mampu makan ini, tanpa sebarang lauk dan kuah. Mampukah kita?




Lihat sendiri perbezaan. No komen





Inilah hasilnya. Kita dijamu pelbagai makanan tiap-tiap hari, mereka hanya dijamu menu sama, tidak setiap hari.




And this is the greatest picture of all time. Taken by a fearless photographer named Carter in Sudan, back on 1993. Anda perhatikan kanak-kanak tersebut, sudah rebah ke bumi menunggu masa. Dan di belakangnya adalah a vulture, yang menunggu masa untuk ...... Anda sendiri yang fikirkan. Apa yang menarik, Carter membunuh diri pada 1994 setelah dibayangi pelbagai gambaran tentang betapa teruknya penderitan rakyat Afrika, melalui poto-poto yang beliau sempat rakam.


Bantulah selagi anda mampu. Hatta doa untuk mereka, itulah sebaik-baik bantuan :)

1 comments:

uglybeautyme said...

insaf skejap tgk orng yg kurng bernasib baik tapi mengikut hawa nafsu bila memilih juadah berbuka~

Post a Comment