THE OTHER SIDE OF ADOLF HITLER

Wednesday 26 October 2011



Penulis menerima emel tentang Hitler ini adalah kira-kira 5 bulan yang lepas, dan penulis merasakan patut dikongsi. Samada ianya betul atau tidak, penulis tidak memberi jaminan tetapi penulis telah membuat sedikit carian di internet dan kebanyakan cerita ini ada betulnya.


Tajuk emel ini ialah Adolf Hitler: sudut kisah yang jarang kita dengar.
Pengirim ini telah menerima emel dari seorang kawannya,yang mana kawannya menerima emel dari seorang kawannya dari Arab Saudi dan telah menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu.


Kawannya itu berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau. Kawannya terperanjat apabila tesis beliau adalah bertajuk Adolf Hitler. Ada 2 sebab kenapa Hitler dipilih;

  • Prinsip Hitler terhadap yahudi
  • Prinsip Hitler terhadap Islam

Hitler mencetak risalah Tentang Islam dan Tamadun Islam kerana kekaguman beliau terhadap Islam, dan diedarkan kepada tenteranya walaupun kepada yang bukan Islam.




Hitler memberi peluang kepada tentera Islam untuk bersolat terlebih dahulu, dan beliau sanggup menunggu mereka selesai bersolat sebelum beliau berucap.


Beliau juga sering bertemu Ulamak dan meminta nasihat berkaitan pentadbiran dalam Islam kerana Hitler amat mengagumi kehebatan Tamadun Islam. Gambar Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beberapa lagi kisah menarik Hitler;
  • Dalam buku beliau, Mein Kampf, beliau menyatakan bahawa banyak tindak-tanduk beliau terhadap yahudi adalah dipengaruhi oleh Al-Quran.
  • Hitler telah memasukkan nama Allah dalam ikrar yang akan dibacakan oleh ketua tenteranya yang akan tamat belajar akademi tentera di Jerman. Sebahagian dari ikrar " Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"
  • Hitler pernah berkata kepada seorang doktor  " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?" ketika doktor tersebut meminta Hitler meminum arak sebagai ubat penenang ketika Jerman dalam keadaan kacau bilau.

Walaupun Hitler bukan seorang Muslim, tetapi beliau tetap menjadikan Islam sebahagian daripada pengaruh dalam kehidupannya, walaupun sedikit. Apatah lagi kita yang beragama Islam.

2 comments:

shamyheart said...

baik jugak si Hitler ni ye

Aj said...

@sha my heartdh name pun manusia.ad sifat baik.ad sifat jahat.hehehe..

Post a Comment