THE TALES OF TWO WORLDS

Monday 15 August 2011


Si A menunggu waktu berbuka. Sungguh terasa lambat jarum jam berputar. Si A yakin beliau mampu menunggu kerana beliau mampu untuk untuk berpuasa seharian. Akhirnya azan berkumandang. Baca doa (tu pun kalau sempat baca). Tangan kiri mencapai gelas air, tangan kanan mencapai pinggan nasi, mata kiri meliar meneliti pelbagai jenis nasi sambil mata kanan menjeling ke arah barisan lauk yang terhidang. Dan kalau Si A berbuka puasa di hotel, yang mana harganya tinggi, boleh mencecah ratusan ringgit, menunya tentu lagi banyak.

Penulis disini bukanlah ingin mengutuk acara berbuka puasa di hotel-hotel. Bagi yang mampu, penulis merasakan ianya bukanlah satu kesalahan. Yang dikesalkan ialah pembaziran yang berlaku. jika Si A tadi berbuka puasa di hotel tanpa pembaziran, ianya adalah satu pencapaian yang tinggi kerana belum tentu mereka yang membeli juadah berbuka puasa yang berharga RM 10 di bazar dan warung tepi jalan mampu menghabiskan semua juadah tanpa pembaziran.

Bulan puasa banyak mengajar manusia tentang mengenali lebih diri masing-masing. Memberi kesedaran kepada kita bahawa betapa susah sekalipun kita, tentunya terdapat yang lebih susah hidupnya, dan sebaliknya. Oleh itu, bersyukur apa yang ada, berbelanja mengikut keperluan, dan sentiasa mengenangkan kehidupan orang yang lebih susah.



Apa yang kita nikmati di tempat kita, bukan semua yang mampu menikmatinya. Makcik baju oren mesti tertanya apakah benda  terdapat dalam gelas.




Ohh sedapnya ayam. kanak-kanak di Afrika hanya mampu makan ini, tanpa sebarang lauk dan kuah. Mampukah kita?




Lihat sendiri perbezaan. No komen





Inilah hasilnya. Kita dijamu pelbagai makanan tiap-tiap hari, mereka hanya dijamu menu sama, tidak setiap hari.




And this is the greatest picture of all time. Taken by a fearless photographer named Carter in Sudan, back on 1993. Anda perhatikan kanak-kanak tersebut, sudah rebah ke bumi menunggu masa. Dan di belakangnya adalah a vulture, yang menunggu masa untuk ...... Anda sendiri yang fikirkan. Apa yang menarik, Carter membunuh diri pada 1994 setelah dibayangi pelbagai gambaran tentang betapa teruknya penderitan rakyat Afrika, melalui poto-poto yang beliau sempat rakam.


Bantulah selagi anda mampu. Hatta doa untuk mereka, itulah sebaik-baik bantuan :)

THE GORGEOUS LISA KELLY

Sunday 14 August 2011


Siapakah beliau ini? Jika anda pernah menonton IRT Deadliest Roads anda tentunya kenal perempuan ini.

Deadliest Roads, rancangan yang menarik, memaparkan perjalanan 3 truckers dari US dalam usaha untuk menconquer deadliest roads di India, negara yang mempunyai jalinan jalan raya di pergunungan yang tertua di dunia.

Pada awalnya, 3 orang truckers terpilih, iaitu Lisa Kelly, Rick Yemm dan Alex Debogorski untuk memandu jalan bergunung dari Delhi ke Shimla, dan seterusnya ke tapak pembinaan empangan yang terletak di Himalaya. Nasib Alex tidak baik apabila beliau terlibat dengan satu perlanggaran dengan kereta samseng India, menyebabkan dia terpaksa menarik diri akibat bimbangkan keselamatan diri. Beliau digantikan dengan Dave Remon.

Mereka dikehendaki membawa pelbagai jenis barang, seperti semen dan konkrit untuk pembinaan empangan dengan haya menaiki trak yang tidak safety, iaitu Tata 1613 yang colourful.

Pada episod terakhir, mereka dikehendaki untuk menghantar bekalan jet fuels utntuk kegunaan helikopter bagi menyelamatkan manusia yang terkandas di atas pergunungan himalaya. 2 orang terpaksa menarik diri, kerana memikirkan keadaan jalan yang sangat bahaya ditambah pula dengan ribut yang tidak diduga.

Teka siapa yang berjaya pada peringkat akhir? The tomboy Lisa Kelly.
Untuk merasai sendiri debaran IRT Deadliest Roads, sila tontonya di History Channel. Dan di internet pun boleh kalau berminat.hehehe
















Sebahagian dari poto-poto 



Alex Debogorski



Dave Redmon


Rick Yemm



And of course the gorgeous Lisa Kelly





And of course it is amazing when you are watching IRT Deadliest Roads in History HD :)

THE LONG RIVALRY

Friday 12 August 2011



U-2 pilot Francis Gary Powers carried a tiny needle filled with poison so that he could take his own life if he faced capture. Powers chose not to use the needle when he was shot down over the Soviet Union in 1960, which led some critics to brand him a coward.


Sepertimana yang kita sedia maklum, persaingan antara US dan Russia telah lama terbit. Salah satu kisah yang menarik adalah pada tahun 1960, apabila US president Dwight D. Eisenhower telah bersetuju untuk mengintip teknologi ketenteraan milik USSR pada masa itu. Dan high-altitude U-2 spy planes telah berterbangan dan memberi peluang US untuk mengintip.


Eisenhower gembira dengan pengintipan itu, dan beliau mendapati bahawa teknologi nuklear milik USSR adalah tidak sehebat seperti yang telah digemburkan oleh Soviet leader Nikita Khrushchev.
Hampir 4 tahun pihak USSR tidak berjaya untuk menghalang pengintipan itu kerana U-2 aircraft terbang dengan ketinggian melebihi 13 batu dari muka bumi. namun pada 1960, USSR berjaya mencipta misil surface-to-air yang dikenali Zenith.
Francis Gary Powers yang ketika itu menerbangkan pesawat U-2 terbang berhampiran Yekaterinburg, Russia dan misil Zenith yang telah dituju kepada Powers telah meletup berhampiran Powers menyebabkan pesawat tersebut terbang semakin rendah. Misil kedua ditembak tepat kepada Powers. Powers selamat dengan adanya parachute, namun sebaik mendarat di bumi, beliau dikerumi oleh Soviet Forces. 


Pada 5 Mei, Khrushchev mengumumkan berita mengenai kejayaan USSR menembak jatuh pesawat pengintip US, namun tidak mengumumkan berita penangkapan Powers. Namun pihak US memberi dalih bahawa itu adalah pesawat peninjau cuaca yang tersasar dari laluan asal. Disinilah terbukti bahawa US sebenarnya memang penindas dan penipu sejak dulu lagi, dan mendapat malu besar apabila USSR telah mengeluarkan gambar Powers dan juga bukti-bukti dari serpihan pesawat yang membuktikan itu adalah memang pesawat pengintip.


Peristiwa ini telah mengeruhkan hubungan antara USSR dan US sehingga kini. Banyak peristiwa yang berlaku antara USSR dan US selepas peristiwa ini adalah disebabkan oleh kisah ini, dimana pihak USSR semakin membenci US, manakala US semakin tertekan untuk membuktikan 'mereka adalah negara sempurna'. Pengganti Eisenhower, John F Kennedy turut mengalami tekanan yang sama, akibat dari kejahilan dan kebodohan Eisenhower yang penipuanya terkantoi buta-buta.
Selepas itu, Powers dipenjara 10 tahun oleh pihak USSR, dan mati pada usia 47 akibat dari kecelakaan helikopter pada 1977, ketika menjadi pilot helikopter untuk LA TV station setelah bersara dari CIA.

                                                           Soviet leader Nikita Khrushchev (1894-1971)


Powers bersama pesawat kesayangannya.

 U-2 spy aircraft

Si mamat hensem yang terkantoi, Eisenhower

THE COUNTRY WE LIVING IN

Sunday 7 August 2011

Here are some facts about Malaysia which even most Malaysian don't know about.


  1. Khidmat negara telah dieksperimen kali pertama pada 1962, ketika konfrontasi dengan jiran kita, Indonesia. Belia diantara 21 dan 28 tahun diterima masuk untuk program selama 2 tahun.
  2. Gelaran persekutuan yang paling 'senior' ialah TUN dan gelaran ini tidak boleh dikurniakan kepada lebih dari 25 manusia yang hidup pada satu-satu masa.
  3. Panjang keseluruhan lebuh raya di Malaysia ialah 65,877 km, melebihi ukur lilit bumi yang hanya 40,075 km. 
  4. Kubur untuk Jewish di malaysia hanya terdapat di penang, iaitu Jalan Zainal Abidin dengan 120 kubur
  5. Borneo adalah pulau ketiga terbesar di dunia.
  6. Ular King Cobra terpanjang didunia iaitu sepanjang 5.54 m telah ditangkap hidup-hidup di Port Dickson pada April 1937